Sunday, 20 January 2013

Shopping Time...




Cabaran juga lah kalau nak shopping bawa bertiga hero ni..
Hubby awal ajak balik....tak terkontrol rasa nya...hehe
Lain kali ummi beli barang sendiri2 jelah 

Jenis-Jenis Makanan Yang Boleh Menyebabkan Anda Menjadi Pelupa


1. Banyak makan epal yang sudah masam.

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.

3. Banyak makan bawang besar.

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

5. Memakan kepala ikan.

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut
dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7. Makan sehingga terlalu kenyang.

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Wednesday, 9 January 2013

Aktiviti dalam Rumah..

 Ni main rumah-rumah...
 Ni main game or layan cartoon...


Ni aktiviti selerak rumah bagi ummi... tak kisahlah
janji anak-anak happy...

Kalau anak-anak happy ummi pun senang siapkan
kerja-kerja rumah yang tak pandai nak habis tu...

Monday, 7 January 2013

Hafiz Yang Penyayang....


Hafiz ni memang sangat sayang ngan Hamizan...
malam tadi, masa tu ummi dalam bilik then dengar 
suami Mizan nangis kat rumah tamu...ummi lagi tangguh-tangguh
nak tengok Mizan...coz dapat agak Mizan nangis coz dah
ngantuk n nak tidur...

So Hafiz terpanggil panggil2 ummi....then datang ke bilik
nangis...sambil beritahu cian Mizan nangis carik ummi..
alahai..anak ummi ni sentimental ...dia rasa touching pulak
tengok Mizan nangis...dia ingat ummi tak peduli kot...hihi

Tapi ummi happy sangat coz kecil2 dah pandai
tunjuk kasih sayang kat adik ..mudah-mudahan
kasih sayang abang dan adik ini berkekalan
hingga akhir hayat...Ameen...

 

Sunday, 6 January 2013

PENTINGNYA SOLAT MALAM UTK MENJADI IBU BAPA YANG LEBIH SIHAT..



Petua Rasulullah s.a.w buat yang menghidap penyakit kronik..

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

~ Dipetik dari Ustaz Zahazan Mohamed

Thursday, 3 January 2013

Tuesday, 1 January 2013

First day School...

Hari ni first day school kat SK Agama untuk sebelah pagi dan Brilliant Kindly untuk sebelah petang.... dalam dua tiga minggu pening kepala fikir dapat ke tak keluar rumah jam 6.30am...bukan apa sekolah agak jauh juga dari rumah...tapi tak berapa jauh dr office ummi....

Dah set jam 4.30am...konon nak bangun awal...tapi mata kelat sangat...alarm dah bunyi...dalam mamai ummi sempat tukar 5.00am...erm...last2 terlajak 5.11am baru angkat....

Pas mandi, solat, prepare nasi goreng, bubur dan lauk..dan siap2kan si kecil Hamizan..sempatlah siap setengah jam...

Then kejutkan hero of the day....kali ni banyak sangat drama.....last2 ummi dukung masuk bilik mandi... dah elok2 ummi sediakan air suam..tak nak....nak mandi air sejuk....banyaklah drama !!!

Dah mandi...kemas2 ...then ummi lagi ready...panaskan enjin keta sambil ummi jemur baju....Alhamdulillah dapat keluar rumah jam 6.30am....

Hantar Hafiz dan Mizan ke rumah pengasuh..then rushing ke sekolah....sempatlah sampai lebih kurang 30 minit...

Ingatkan Abrisam dah pernah school ni...tak delah masalah ....tapi tadi nangis juga OK....tapi tengah hari tadi ambil ok je...happy2 je...

Masa hantar kat BK tadi pun nangis...ummi tak kisah...nanti oklah tu...

Oh ya tadi ada baca tips :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...